Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 12 Mac 2020 telah mengeluarkan kenyataan mengenai semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) adalah ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19. Justeru itu pejabat PPM mengumumkan akan menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2020 tersebut ke suatu tempoh yang akan ditetapkan oleh pejabat PPM. Pihak pejabat PPM beranggapan bahawa penangguhan ini adalah sejajar dengan usaha mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh KKM bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.
SU Kehormat PPM
13 Mac 2020
You must log in to post a comment.