[ANNOUNCEMENT] ANUGERAH PUSTAKAWAN CEMERLANG PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2019

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

ANUGERAH PUSTAKAWAN CEMERLANG  PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2019

 

Dengan segala hormat saya merujuk perkara diatas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa sebagai penghargaan kepada penglibatan dan sumbangan ahli PPM dalam bidang kepustakawanan, PPM menjemput pencalonan bagi Anugerah PustakawanCemerlang  PPM 2019 yang julung kali diadakan.
  2. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput mencalon atau dicalon bagi Anugerah Pustakawan Cemerlang ini. Maklumat dan borang pencalonan bagi Anugerah ini adalah seperti di Lampiran yang disertakan . Sila lengkapkan borang pencalonan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan dan dihantar melalui emel : anugerahppm@gmail.com sebelum atau pada 31  Januari 2020  (Jumaat) kepada:

 

Jawatankuasa Kecil Anugerah PPM
Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)

d/a Perpustakaan Negara Malaysia

232, Jalan Tun Razak

50572 Kuala Lumpur

Tel. Bimbit: 016-6288899

Emel : anugerahppm@gmail.com

MUAT TURUN: BORANG PENCALONAN ANUGERAH PUSTAKAWAN CEMERLANG 2019

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.