[ANNOUNCEMENT] HADIAH PENULISAN PPM 2019/2020

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

HADIAH PENULISAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2019/2020

 

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk

 

  1.   Sukacita dimaklumkan bahawa PPM menyediakan Hadiah Penulisan 2019/2020 berupa wang tunai sebanyak RM500.00 dan sijil bagi setiap kategori penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, semua Ahli-Ahli PPM adalah dijemput untuk mencalonkan penulisan bagi Hadiah Penulisan PPM 2019/2020. Syarat-syarat dan borang pencalonan boleh dimuat turun seperti berikut:

 

(i)            Syarat-syarat pencalonan Hadiah Penulisan PPM 2019/2020 : Muat turun

(ii)          Borang Pencalonan Hadiah Penulisan PPM 2019/2020 : Muat turun

 

  1. Borang pencalonan yang lengkap dan salinan penulisan hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Hadiah Penulisan PPM 2019/2020 selewat-lewatnya 28 Februari 2020 secara pos atau e-mel kepada:

 

Pengerusi

JawatanKuasa Hadiah Penulisan PPM 2019/2020,

Persatuan Pustakawan Malaysia,

Peti Surat 12545, 50782 Kuala Lumpur

 

E-mel :   sumaizan@upsi.edu.my atau pustakawan55@gmail.com

 

  1. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, e-melkan kepada sumaizan@upsi.edu.my (Puan Siti Sumaizan Ramli) atau ruziah@upsi.edu.my (Puan Ruziah Ahmad). Perhatian dan sokongan YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan mencalonkan penulisan adalah amat dialu-alukan.

 

Sekian, terima kasih.

 

JawatanKuasa Hadiah Penulisan PPM 2019/2020,

Persatuan Pustakawan Malaysia

 

Muat Turun

1) Syarat- Syarat Pencalonan: Syarat-Syarat Pencalonan Hadiah Penulisan 2019

2) Borang Pencalonan: Borang Hadiah Penulisan 2019

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.