[ANNOUNCEMENT] Makluman Seminar Advokasi

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

 

YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan.

 

Makluman Seminar Advokasi

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Serambi Ilmu Rakyat akan mengadakan Seminar Advokasi. Seminar ini dibuka kepada 60 orang warga perpustakaan dan mereka yang beminat. Sehubungan itu, pihak tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai seminar ini pada ketetapan berikut:

 

Tarikh   : 19 Februari 2020 (Rabu)

Masa     : 8.30 am – 12.30 pm

Tempat : Serambi Ilmu Rakyat, Tingkat 7, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat

 

Objektif:

(1) Untuk mendapat pengetahuan mengenai advokasi.

(2) Untuk mengenalpasti pemegang taruh dalam profesion.

(3) Untuk mempelajari kaedah advokasi yang bersesuaian dengan profesion.

 

Sila hantar maklumat penyertaan melalui emel menggunakan borang penyertaan yang disediakan dalam poster.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada: 17 Februari 2020 (Isnin).

Bersama-sama ini dilampirkan poster seminar untuk rujukan tuan/puan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila emel pustakawan55@gmail.com atau telefon nombor yang tertera di poster.

Sekian, terima kasih.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.