ANUGERAH JAWATANKUASA & KUMPULAN PALING AKTIF PPM SESI 2016-2018

Salam Sejahtera Semua Pengerusi Jawatankuasa & Kumpulan PPM
YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pencalonan Anugerah Jawatankuasa & Kumpulan Paling Aktif PPM bagi sesi 2016-2018 kini dibuka. Anugerah ini akan diberikan kepada Jawatankuasa & Kumpulan PPM yang paling aktif dalam meningkatkan profesion kepustakawan dan perkhidmatan perpustakaan. Anugerah ini akan disampaikan semasa Perasmian Mesyuarat Agung tahunan PPM pada 26 Mac 2018.

3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Anugerah PPM memohon kerjasama tuan/puan untuk menghantar pencalonan dengan melengkapkan Borang Laporan Jawatankuasa & Kumpulan PPM bagi tempoh April 2016 hingga Disember 2017 seperti dalam Lampiran yang disertakan.

4. YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan adalah diminta mengembalikan Borang Laporan yang telah lengkap berserta dengan gambar (jika berkaitan) kepada Puan Chin Loy Jyoon selaku Pengerusi JK Anugerah PPM bagi sesi 2016-2018 sebelum atau pada 20 Januari 2018 melalui emel jyoonchin@hotmail.com untuk tujuan penyelarasan.

5. Kerjasama YBhg Dato/Datin/tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Selamat Tahun Baru 2018

Yang Benar,

Chin Loy Jyoon
Naib Presiden PPM II
selaku Pengerusi JK Kecil Anugerah PPM

[KLIK MUAT TURUN BORANG PENCALONAN]

 

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: