ANUGERAH JAWATANKUASA PALING AKTIF PPM SESI 2018-2019

Salam Sejahtera Semua Pengerusi Jawatankuasa /Tetap/Kecil PPM

Tuan/Puan

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa  Anugerah Jawatankuasa Paling Aktif PPM 2018-2019 akan di berikan kepada Jawatankuasa /Tetap/Kecil PPM yang paling aktif dalam meningkatkan profesion  kepustakawan dan perkhidmatan perpustakaan.  Anugerah ini akan disampaikan semasa Mesyuarat Agung Tahunan PPM pada 26 Mac 2020.

3.  Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kecil  Anugerah PPM sesi 2018-2020  memohon kerjasama tuan/puan  untuk menglengkapi Borang Laporan Jawatankuasa  /Tetap/Kecil PPM  bagi tempoh April 2018 hingga Disember 2019 seperti dalam Lampiran  yang disertakan.

4. Kerjasama Tuan/Puan adalah diminta untuk kembalikan Borang Laporan (BORANG ANUGERAH JAWATANKUASA AKTIF)   yang telah dilengkapi berserta dengan gambar  jika  berkaitan  kepada Jawatankuasa Kecil Anugerah PPM sesi 2018-2020   sebelum atau pada 13 Januari 2020  melalui emel anugerahppm@gmail.com 

5. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima akasih.

Selamat  Tahun Baru 2020

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.