PENCALONAN BAGI ANUGERAH PUSTAKAWAN HARAPAN 2017

 

Oleh: Chin Loy Jyoon, Naib Presiden II

 

Pengenalan

Anugerah Pustakawan Harapan PPM dalah satu penghargaan daripada Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kepada pustakawan muda di negara ini yang telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam bidang kepustakawanan. Bagi maksud ini, PPM sekali lagi menganjurkan Anugerah Pustakawan Harapan PPM 2017. Pencalonan kini dibuka dan calon perlu melengkapkan borang pencalonan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan. Borang pencalonan hendaklah dihantar melalui emel sebelum atau pada 10 Januari 2018 (Isnin) kepada jyoonchin@hotmail.com dan pustakawan55@gmail.com. Pemenang anugerah akan diumumkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2017/2018 nanti.

 

Tujuan

  1. Mengiktiraf pustakawan yang telah menunjukkan pencapaian membanggakan pada awal kerjaya mereka.
  2. Mengiktiraf kebolehan pengurusan dan potensi kepimpinan pustakawan muda.
  3. Memberi motivasi keahlian dalam PPM.

 

Kriteria Pemilihan

Calon yang layak untuk dipertimbangkan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya salah satu daripada kriteria berikut :

  1. Menyumbang kepada peningkatan profesion kepustakawan melalui Persatuan.
  2. Menunjukkan prestasi perkhidmatan perpustakaan yang efisien dan
  3. Melibatkan diri secara aktif dalam mempromosi penggunaan perpustakaan/pusat maklumat.
  4. Melibatkan diri dalam bidang kepustakawan di luar organisasi bertugas.
  5. Menghasilkan dengan jayanya penulisan yang dapat mempertingkat profesion

 

Syarat-syarat Pemilihan

  1. Dalam kalangan ahli Professional PPM.
  2. Bekerja dalam bidang kepustakawanan dalam gred pengurusan tidak lebih daripada 15 tahun.
  3. Berumur tidak lebih daripada 40 tahun pada 31 Disember 2017.
  4. Telah menjadi Ahli PPM sekurang-kurangnya 5 tahun berterusan termasuk tahun penerimaan anugerah.
  5. Penerima hanya layak menerima anugerah ini sekali sahaja.
  6. Anugerah ini tidak perlu diberi sekiranya Jawatankuasa Pemilihan merasakan tiada calon yang sesuai pada tahun itu.

Jawatankuasa Pemilihan

  1. Jawatankuasa Pemilihan terdiri daripada Ahli Majlis PPM.
  2. Perbincangan Jawatankuasa Pemilihan adalah sulit.

 

Pencalonan

  1. Pencalonan hendaklah dibuat melalui cadangan dengan keizinan calon.
  2. Pencalonan sendiri dibenarkan sekiranya calon memegang jawatan tertinggi di perpustakaan bertugas. Pencalonan sedemikian hendaklah disokong oleh seorang ahli PPM.
  3. Kertas pencalonan hendaklah disertakan dengan hujah sokongan memenuhi kriteria-kriteria pemilihan.
  4. Ahli Jawatankuasa Pemilihan dan keluarga terdekat tidak boleh membuat pencalonan atau dicalonkan.

 

Pemilihan

  1. Calon mungkin diminta hadir temubual jika dirasakan perlu.
  2. Lawatan ke perpustakaan /pusat maklumat calon akan dijadualkan jika perlu.
  3. Calon hendaklah memberi maklumat tambahan jika diminta oleh Jawatankuasa
  4. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

 

 Hadiah

  • Wang tunai RM 500.00
  • Trofi dan sijil penghargaan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan:

Puan Chin Loy Jyoon

Naib Presiden II

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)

d/a Perpustakaan Negara Malaysia

232, Jalan Tun Razak

50572 Kuala Lumpur

Tel. Bimbit: 016-6288899

Emel: jyoonchin@hotmail.com / cc: pustakawan55@gmail.com

 

MUAT TURUN BORANG PENCALONAN ANUGERAH PUSTAKAWAN HARAPAN 2017

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: