[PROGRAM PPM] MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM CERIA KEMBALI KE SEKOLAH 2020

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dirujuk perkara di atas,
2.  Sukcita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan mengadakan Program Ceria Kembali ke Sekolah 2020 pada hujung bulan Disember ini.
3.  Sehubungan dengan itu, pihak PPM ingin memohon sumbangan wang untuk pembelian keperluan sekolah dan juga sumbangan barang kelengkapan kepada pelajar sekolah yang dipilih. Untuk makluman, pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Mas, Sungai Lembing, Pahang telah dipilih untuk program pada kali ini.
4. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Malayan Banking Berhad bernombor 014299301082 atas nama Persatuan Pustakawan Malaysia sebelum 16 Disember 2019.
5. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan juga amatlah dialu-alukan. Tuan/Puan boleh hubungi wakil pihak penganjur seperti tertera dibawah.
Dilampirkan maklumat berkenaan poster program ini. Keprihatinan YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus pada talian berikut:-
Telefon: 012 3226965 (Puan Sham)
Sekian, terima kasih.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.