JEMPUTAN BENGKEL EVIDENCE BASED MEDICINE (EBM) UNTUK PUSTAKAWAN

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan.

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) melalui Jawatankuasa Perpustakaan Perubatan dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya akan menganjurkan Bengkel Evidence Based Medicine (EBM) untuk pustakawan pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 24 – 25 Februari 2020 (Isnin & Selasa)

Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang

Lokasi: Perpustakaan Perubatan T.J Danaraj, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

Yuran penyertaan: RM 200 (Ahli PPM), RM250 (Bukan Ahli PPM)

Sila hantar maklumat penyertaan secara dalam talian melalui borang elektronik berikut:-

URL: https://forms.gle/6J4qiBLb8mFzTuzz5

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada: 20 Februari 2020 (Khamis).

Dilampirkan juga poster sesi bengkel yang mengandungi maklumat talian untuk dihubungi bagi sebarang pertanyaan.

Tuan/Puan adalah dijemput hadir sebagai peserta ke sesi bengkel ini.

Objektif:

  1. Memperkenalkan proses amalan berasaskan bukti (EBP) dan peluang berkolaborasiantara pustakawan perubatan dan doktor
  2. Mengenalpasti reka bentuk kajian asas untuk perubatan klinikal, menyusun soalan klinikal secara fokus, strategi pencarian peer review, dan menilai risiko kecenderungandalam kajian yang diterbitkan.
  3. Meningkatkan kemahiran penilaian kritikal pustakawan.
  4. Meningkatkan pemahaman yang lebih baik terhadap reka bentuk kajian penyelidikan klinikal, statistik bioperubatan, dan penerangan klinikal dalam profesion kesihatan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.