FORUM PPM2U SIRI 1: LITERASI MAKLUMAT

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan.

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan menganjurkan forum PPM2U Siri 1: Literasi Maklumat pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 18 Julai 2020 (Sabtu)

Masa: 10:00 pagi

Siaran Langsung melalui Facebook: PPM55

Panel Jemputan:

  1. En. Edison Ricket
  2. En. Yazid Ibrahim

Program secara santai ini akan mengetengahkan topik Literasi Maklumat untuk tambahan ilmu pegawai perpustakaan dan masyarakat. Ia juga diadakan sempena AGM PPM yang akan diadakan pada Sabtu, 25 Julai 2020 serta untuk mempromosi lagi PPM kepada masyarakat dan negara. Semoga program ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Kami amat mengalu-alukan penyertaan YBhg Dato’/Datin/Dr/tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.