Sumbang saran anda amat penting! Jom beri cadangan ke Ideas Store sebelum 31 Oktober

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

Ahli-ahli PPM.

Tuan/Puan yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) melalui projek Global Vision ingin menjemput tuan/puan memberikan apa-apa cadangan dan idea kepada IFLA bagi merangka pelan tindakan (blueprint) IFLA Strategy and Actions 2019-2024. Pelan tindakan ini dirangka bagi mencapai visi yang dinamakan “Powerful Actions of a Globally United Library Field”. Bagi membolehkan tuan/puan menyampaikan cadangan dan idea tersebut, tuan/puan hendaklah mendapatkan maklumat tersebut disini dan klik pautan diberikan dalam artikel tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Perhatian dan tindakan lanjut tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Sumber: https://www.ifla.org/node/81764

 

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: