International Information Management Online Showcase (IIMOS 2020)

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera

Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan

Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan sebuah pertandingan antarabangsa inovasi secara maya. Keterangan lanjut adalah seperti berikut :

 

Jom Sertai Kategori Khas IIMOS 2020!

Istimewa untuk warga Organisasi Pengurusan Maklumat!

 

International Information Management Online Showcase (IIMOS 2020)

  • Program pertandingan antarabangsa inovasi secara maya (virtual) anjuran UiTMCawangan Kelantan bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
  • Peluang keemasan bagi peserta untuk mempamerkan dan berkongsi kreativiti serta idea kepada umum.
  • Rebut peluang memenangi pelbagai anugerah dan hadiah yang ditawarkan dan pastinya sijil penyertaan elektronik.
  • Terbuka kepada umum khususnya agensi kerajaan/swasta, industri, serta warga pusat pengajian tinggi, dan sekolah.
  • Yuran penyertaan yang murah.
  • Program dijalankan selama 3 bulan bermula 15/7/2020- 15/10/2020.

 

Cara Penyertaan:

  • Daftar projek inovasi di laman sesawang IIMOS 2020.
  • Pihak penganjur akan mengeluarkan surat pengesahan penerimaan projek.
  • Peserta perlu mempersembahkan projek inovasi mereka dalam bentuk video yang dimuat naik ke dalam mana-mana storan internet (Google Drive, Dropbox, One Drive, dsb) dan perlu dihantar capaian tersebut kepada penganjur.
  • Peserta memuat naik bukti pembayaran, capaian kepada video projek inovasi dan dokumen sokongan lain melalui laman sesawang IIMOS 2020.
  • Pihak penganjur akan memuat naik video projek inovasi peserta ke YouTube Channel setelah membuat pengesahan pembayaran.
  • Peserta boleh mempromosikan video masing-masing bagi memenangi anugerah “Most Outstanding Video Award”.
  • Keputusan pertandingan oleh panel juri akan diumumkan melalui IIMOS 2020 YouTube Channel, laman sesawang IIMOS 2020, dan melalui emel.
  • Keputusan panel juri adalah muktamad dan tidak boleh dibuat sebarang rayuan.

 

Tarikh-tarikh Penting

  • Tempoh Pertandingan : 15 Julai 2020 – 15 Oktober 2020
  • Tarikh Tutup Penyertaan & Bayaran Yuran : 15 Oktober 2020
  • Tempoh Penjurian : 16 Oktober 2020 – 30 Oktober 2020
  • Pengumuman Keputusan : 30 November 2020

 

Kami tunggu pendaftaran penyertaan anda semua…JOM! Untuk maklumat lanjut, sila layari https://iimos2020.uitmkelantan.com/

Sekian, terima kasih.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.