Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kepada :
Ahli PPM/Pustakawan,
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
JEMPUTAN FORUM TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN ABAD KE-21
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Kumpulan Utara akan mengadakan Forum Transformasi Perpustakaan Abad Ke-21 pada:
Tarikh : 11 Oktober 2017 (RABU)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, UiTM Kedah.
Sehubungan itu, semua ahli PPM Kumpulan Utara dijemput untuk menghadiri Forum Transformasi Perpustakaan Abad Ke-21. Untuk penyertaan sila hubungi Pn. Norakmal Abd Karim – 0195670796, En. Mohd Shahrul Annuar Alawi– 0126735734, Cik Azni Yantee Abdul Raoh – 0124878435, & En. Dzulhailie M. Bakri – 0134880080. Tarikh tutup penyertaan pada 6 Oktober 2017 (JUMAAT).
Bersama-sama ini dilampirkan maklumat Forum Transformasi Perpustakaan Abad Ke-21 untukmakluman dan tindakan YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari.

You must log in to post a comment.