JEMPUTAN KE NATIONAL SEMINAR ON IMPLEMENTATION OF MARRAKESH TREATY TO FACILITATE ACCESS TO PUBLISHED WORKS FOR PERSON WHO ARE BLIND, VISUALLY IMPAIRED OR OTHERWISE PRINT DISABLED (MVT) 2013 PADA 28 OGOS 2018 DI MYIPO, BANGSAR, KUALA LUMPUR

#wlic2018 #KualaLumpur

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/Datuk Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE NATIONAL SEMINAR ON IMPLEMENTATION OF MARRAKESH TREATY TO FACILITATE ACCESS TO PUBLISHED WORKS FOR PERSON WHO ARE BLIND, VISUALLY IMPAIRED OR OTHERWISE PRINT DISABLED (MVT) 2013 PADA 28 OGOS 2018 DI MYIPO, BANGSAR, KUALA LUMPUR

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

  1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan Negeri dan Hal Ehal Pengguna (KPDNHEP) bersamaWorld Intellectual Property Organization (WIPO) dan International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) akan menganjurkan program National Seminar on the Implementation of Marrakesh Treaty in Malaysia 2018 bertempat di IP Academy Ballroom, MyIPO, Bangsar, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan suatu inisiatif MyIPO, WIPO, dan IFLA bagi memberi penerangan kepada umum berkaitan Triti Antarabangsa Marrakesh Treaty to to Facilitate Access to Published Works for Persons Who Are Blind, Visually Impaired or Otherwise Print Disabled 2013 yang akan disertai Malaysia kelak.

 

Triti Marrakesh ini bertujuan untuk:

 

  • Memberikan akses maklumat kepada orang kurang upaya di Malaysia di dalam akses karya seperti Braille, audio, large print and digital format di dunia
  • Menamatkan “book famine” atau mengurangkan jurang akses dalam mendapatkan keperluan akses kepada pendidikan oleh orang kurang upaya
  • Memperbanyakkan jumlah koleksi buku di dunia bagi konsumsi orang kurang upaya penglihatan dan pendengaran terutamanya di Malaysia
  • Menerbitkan bahan bacaan boleh akses tanpa mendapatkan kebenaran dengan kerjasama pemunya Hakcipta
  • Mewujudkan kerjasama startegik antara pemunya karya Hakcipta, penerbit karya Hakcipta, pengguna karya Hakcipta, pengendali perkhidmatan karya Hakcipta, Institusi pendidikan di dalam menyediakan bahan boleh akses kepada orang kurang upaya penglihatan dan pendengaran.

 

Oleh yang demikian, Seminar tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:-

 

Tarikh         : 28hb Ogos 2018 (Selasa)

Masa           : 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat       : Dewan Ballroom, Akademi Harta Intelek

                     Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

                     Aras 12A, Tower B, Menara UOA Bangsar

                     No. 5, Jalan Bangsar Utama 1

                     59000 Kuala Lumpur

 

  1. Bersama-sama ini disertakan aturcara majlis di dalam Bahasa Inggeris untuk perhatianYBhg. Tan Sri/Datuk Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan jua dan dipohon kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/ Tuan/Puan untuk mengesahkan kehadiran melalui email/surat/fax kepada Encik Mohd Syaufiq bin Abdul Latif (syaufiq@myipo.gov.my) atau Encik Noor Aliff bin Musa (aliff@myipo.gov.mysebelum atau pada 24 Ogos 2018 (JUMAAT)

 

  1. Kehadiran YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Seminar ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

MUAT TURUN:-

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: