#WLIC2018
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kepada :
Semua Warga Kerja Perpustakaan/Pengurusan Maklumat/Pusat Sumber Khusus sekitar Lembah Klang
YBrs. Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
JEMPUTAN PROGRAM KESEDARAN IFLA WLIC 2018 KUALA LUMPUR & PPM ROADSHOW
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) melalui Jawatankuasa Perpustakaan Khusus akan mengadakan Program Kesedaran IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur & PPM Roadshow pada:
Tarikh : 12 Februari 2018
Masa: 9.30 pagi– 1.00 petang
Tempat : SIR Workshop Room, Menara Kembar Rakyat.
Sehubungan itu, semua pustakawan/ profesional maklumat/ staf akademik/ penyelidik/ pembekal buku dan perkhidmatan maklumat dijemput untuk menghadiri program ini.
Disamping itu juga, kaunter pendaftaran dan pembaharuan keahlian akan dibuka sepanjang berlangsungnya program.
Tuan/puan hanya perlu mengesahkan kehadiran terlebih dahulu melalui pautan ini. URL: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdaIJlx9IeafZtFSBla3WxHBpj-Q2EuI0q5dDDiKZfz1UkOsA/viewform
Hubungi: 1. Ain Nadia binti Mohd Hashikin (ainnadia.mhashikin@petronas.com) atau
2. Fatimah Syam binti A. Ghani (fatimah_syam@petronas.com) atau Telefon 03-2331-1766
Tarikh tutup pengesahan penyertaan adalah 9 Februari 2017 (JUMAAT).
Penglibatan tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Sekian, Terima Kasih.
Borang Penyertaan dan Maklumat Program dilampirkan.
You must log in to post a comment.