[JEMPUTAN PROGRAM PPM] TAWARAN ISTIMEWA!! PROGRAM SIJIL PEMBANTU PUSTAKAWAN: MODUL 1-4 SIRI 6/2017

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Program Sijil Pembantu Pustakawan 2017: Modul 1,2,3 & 4 Siri 6/2017.

Maklumat berkenaan program sijil tersebut adalah seperti berikut:

Modul 1 & 2:-

Tarikh: 25 sehingga 29 September 2017 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya, Sarawak

Modul 3 & 4:-

Tarikh: 2 sehingga 6 Oktober 2017 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya, Sarawak

Yuran setiap modul adalah RM600.00 seorang (Ahli PPM) dan RM700 seorang (Bukan Ahli PPM). Jumlah yuran keseluruhan program ini adalah RM2,400.00 (Ahli PPM) dan RM2,800.00 (Bukan Ahli PPM).

Tawaran Istimewa !!

Tawaran ini sah sehingga 18 SEPTEMBER 2017.

Bagi peserta yang pertama kali atau ingin melengkapkan modul, harga satu modul adalah RM500 (Ahli PPM) dan RM600 (Bukan Ahli PPM)

Bagi peserta yang ingin mengambil kesemua modul pada SIRI ini sahaja!! Harga bagi kesemua modul adalah RM1,600.00 (Ahli PPM) dan RM2,000 (Bukan Ahli PPM)

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat dilampiran.

Brosur Program SPP Modul 1 Siri 6

Brosur Program SPP Modul 2 Siri 6

Brosur Program SPP Modul 3 Siri 6

Brosur Program SPP Modul 4 Siri 6

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

%d bloggers like this: