[JEMPUTAN PROGRAM] SESI PERKONGSIAN VIDEO BUKU BERGAMBAR

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Ahli-Ahli PPM,
JEMPUTAN PROGRAM SESI PERKONGSIAN VIDEO BUKU BERGAMBAR
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa PPM dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-kanak & Remaja Malaysia (MBBY) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan mengadakan sesi perkongsian dengan pihak IWING dari Korea Selatan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 22 November 2018, Khamis
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Seminar, Tingkat 4,  Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
3. IWING merupakan syarikat yang menerbitkan video streaming buku bergambar untuk kanak-kanak yang menjadikan buku bergambar itu ‘hidup’ (Video Streaming Book Platform -IWING Making Picture Books Come alive).
4. Penganjur dengan sukacitanya menjemput ahli PPM, warga perpustakaan, pustakawan, sahabat/rakan penulis, ilustrator, penerbit, pelajar media, guru-guru dan mereka yang berminat dengan buku bergambar kanak-kanak.
Sila Klik SINI untuk mendapatkan maklumat mengenai IWING.
Sekian, terima kasih.
%d bloggers like this: