Assalamu’alaikum dan salam sejahtera
YBhg. Prof. / Puan Sri / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia dan bersama-sama dengan Persatuan Pustakawan Malaysia akan menganjurkan program ‘Jom Baca Bersama’ (Let’s Read Together) untuk 10 minit secara serentak di seluruh Malaysia pada hari Isnin 25 April bermula pukul 11.:00 pagi hingga 11:10 pagi. Program ini dijalankan bersempena dengan Hari Buku dan Hak cipta Sedunia (23 April) yang disambut diperingkat kebangsaan.
Marilah kita bersama-sama menjayakannya.
.