[PENDAFTARAN DITUTUP ] IFLA KNOWLEDGE MANAGEMENT SATELLITE CONFERENCE PADA 23 OGOS 2018

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE IFLA KNOWLEDGE MANAGEMENT SATELLITE CONFERENCE PADA 23 OGOS 2018

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa bersempena World Library Information Congress (WLIC) ke-84 di Kuala Lumpur pada 24 hingga 30 August 2018 ini, “IFLA Knowledge Management Satellite Conference” akan dianjurkan di Xiamen University Malaysia, Sepang, Selangor. Seminar ini merupakan program satu hari anjuran IFLA Knowledge Management Section.

Oleh yang demikian, seminar ini akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 23hb Ogos 2018 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Room A5-G09, Block A, Xiamen University Malaysia, Jalan Sunsuria, Bandar Sunsuria, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan

“Penyertaan seminar ini adalah PERCUMA”

3. Sebarang maklumat lanjut berkenaan seminar ini boleh didapati di url: https://sites.google.com/view/ifla2018km/. Juga disertakan aturcara seminar dan borang pengesahan kehadiran di dalam Bahasa Inggeris untuk perhatian YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

4. Dimohon kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengesahkan kehadiran melalui email kepada Encik Xiao Dehong (dehong@xmu.edu.my) atau Puan Hidayati Haron (hidayati@xmu.edu.my) sebelum / pada 15 Ogos 2018 (Rabu).

Kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Seminar ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MUAT TURUN:

 

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: