Lawatan ke Persatuan bagi Orang Buta Malaysia oleh JK Tetap Perkhidmatan Perpustakaan Golongan Khas (PPM)

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Golongan Khas PPM ingin mengadakan lawatan ke Persatuan bagi Orang Buta Malaysia.
Maklumat lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 9 Mei 2017 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Peserta : 20 orang
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan tentang realiti sebenar kehidupan golongan cacat penglihatan. Lawatan ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara dua pihak.
Kami mengalu-alukan pihak Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk turut serta.
Sila hubungi dan mengesahkan kehadiran sebelum 5 Mei 2017:-
​Encik Mohd Faizal Hamzah
Pengerusi JK Tetap Perkhidmatan Perpustakaan Golongan Khas (PPM)
melalui alamat emel: faizal586@um.edu.my

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: