[PROGRAM PPM] JEMPUTAN MENYERTAI LEADERSHIP AND STRATEGIC THINKING FOR MID LEVEL LIBRARIAN

Ketua-Ketua Setiausaha
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua-Ketua Perpustakaan
Ahli-Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

LEADERSHIP AND STRATEGIC THINKING FOR MID LEVEL LIBRARIAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan mengadakan bengkel Leadership and Strategic Thinking For Mid Level Librarian bagi membimbing kepimpinan masa hadapan dalam bidang Kepustakawanan. YBrs. Dr. Hasanah Johari, Certified Leadership Coach yang bertanggungjawab membangunkan pemimpin-pemimpin di Bank Negara Malaysia akan turut membimbing para pemimpin dalam sektor Perpustakaan. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan atau kakitangan Perpustakaan adalah dijemput mengambil peluang untuk menyertai bengkel ini pada:

Tarikh : 19 hingga 21 Ogos 2019
Tempat : Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Kemunting, 25100 Kuantan, Pahang
Yuran Penyertaan: Ahli PPM, RM400 & Bukan Ahli PPM, RM450

3. Sila klik untuk muat turun Maklumat dan borang pendaftaran. Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang terawal sahaja. Tarikh tutup permohonan penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 16 Ogos 2019. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi YBrs. Dr. Ghazali Mohamed Fadzil, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Profesional Persatuan Pustakawan Malaysia di talian 013-3516448 atau e-mel : ghazmf@gmail.com

4. Perhatian dan penyertaan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan atau kakitangan Perpustakaan dalam bengkel ini amat kami alu-alukan dan didahulu dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Persatuan Pustakawan Malaysia
d/a : Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur

Muat Turun:-

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.