MALAYSIA NEGARA MEMBACA 2030 | DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

MENUJU NEGARA MEMBACA 2030

Sabtu 29 September 2018 – Sinar Harian-
Oleh: Dr Maszlee Malik

Demi memastikan hala tuju pendidikan negara mempunyai garis ukur yang jelas, Kementerian
Pendidikan mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030. Saya memulakan agenda ini dengan inisiatif mewujudkan kempen tanda pagar (hashtag) #MalaysiaMembaca di laman media sosial saya melalui seruan supaya semua orang berkongsi 10 buku yang paling digemari dengan tanda pagar yang sama. Saya sendiri turut berkongsi buku-buku kegemaran saya yang
terdiri daripada pelbagai genre dan tema; sama ada dari sudut fiksyen dan bukan fiksyen, ataupun dari bidang keagamaan, sastera, sains, politik, dan falsafah. Dengan izin ALLAH, kempen itu mendapat sambutan yang hangat dan meriah. Ramai sekali orang berkongsi buku-buku kegemaran mereka. Bayangkanlah di media sosial semua orang bercakap tentang buku tanpa jemu dan penuh dengan minat dan kecenderungan berkongsi dapatan masing-masing. Namun saya sedar, kita tidak boleh hanya bergantung kepada kempen di media sosial dan di laman maya, kita mesti pergi lebih jauh dan praktikal. Sekolah mesti menyambut kempen ini. Universiti juga mesti memainkan peranan yang penting. Semua pihak mesti berganding bahu. Statistik terbaharu melalui NOP World Culture Score Index menunjukkan bahawa· India merupakan negara yang paling banyak menghabiskan masa dengan membaca, iaitu melebihi 10 jam seininggu. Diikuti dengan Thailand dan China yang rata-ratanya membaca selama 8 hingga 9 jam seminggu. Realiti yang agak menyedihkan ialah Malaysia tidak termasuk dalam senarai NOP World Culture Score Index, .atau lebih tepatnya budaya membaca di Malaysia tidak melebihi 3 jam seminggu. Wawasan ini selari dengan kenyataan yang saya kemukakan di Dewan Rakyat pada 19 Julai lalu bahawa saya ingin menumpukan kepada pemartabatan bahasa Melayu dengan menghasilkan banyak lagi karya ilmiah dalam bahasa Melayu dan diterbitkan melalui agensi utama di bawah Kementerian Pendidikan, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan & Buku Mcilaysia (ITBM). Memperbanyakkan karya ilmiah bererti memberikan lebih·banyak bahan bacaan kepada semua orang, khususnya dalam Bahasa Kebangsaan supaya masyarakat terdedah dengan kearifan tempatan (local genius) yang wujud di negara kita. Akhir sekali, saya ingin menyeru ibu bapa dan guru untuk menerapkan budaya mernbaca ini, seperti yang saya sebutkan dalam banyak kenyataan saya, budaya membaca ini perlu bermula di rumah dan sekolah. Ibu bapa peruntukkanlah sedikit wang untuk membeli buku-buku yang berkualiti. Biar anak-anak kita sentiasa melihat buku, membacanya, dan bercakap tentangnya. Terlalu banyaknya kajian yang menyimpulkan bagaimana membaca boleh melahirkan insan yang daya fikirnya luar biasa.
#MalaysiaMembaca

 

MALAYSIA NEGARA MEMBACA 2030

PUTRAJAYA 13 Dis. -Utusan Malaysia –

Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) dilancarkan dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kerajaan juga menyasarkan penerbitan negara mencapai 31,700 judul setahun menjelang tahun 2020 berbanding 19,713 judul tahun lalu.

Beliau berkata, penerbitan buku telah digunakan oleh UNESCO sebagai satu daripada kriteria taraf negara maju dengan jumlah penerbitan ditetapkan sebanyak satu peratus bagi setiap juta penduduk.

Sehubungan tu katanya, untuk memastikan DMK mencapai keberhasilan yang dihasratkan, maka bermula tahun ini hingga 2020 pihak kementerian akan menggiatkan kempen DMK.

Ini kerana katanya, kempen atau program gerakan membaca yang sudah berlangsung sejak dua dekad lalu masih belum mencapai tahap yang memuaskan dan penglibatan penggiat literasi juga masih tidak menyeluruh.

“Kita perlu merangka dan melaksanakan satu pendekatan baharu yang segar, lebih mantap serta agresif bagi menarik lebih ramai masyarakat untuk mencintai dunia pembacaan dan membugarkan pembudayaan membaca,” katanya pada majlis pra pelancaran kempen DMK di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Menurut Maszlee, kajian profil membaca rakyat Malaysia yang dilakukan Perpustakaan Negara Malaysia pada 2005 mendapati rakya Malaysia hanya membaca dua naskhah buku setahun.

Bagaimanapun katanya, angka itu meningkat kepada 15 naskhah pada tahun 2014 berdasarkan laporan kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia, namun masih rendah berbanding 40 judul buku setahun di negara maju.

Katanya, laporan `Adult and Youth Literacy National Regional and Global Trends 1985-2015′ terbitanm UNESCO Institute for Statistic pula menunjukkan, kadar celik huruf rakyat Malaysia adalah sebanyak 94.94 peratus.

“Namun, secara purata rakyat Malaysia hanya membaca 15 hingga 20 buku setahun. Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara, kadar literasi rakyat negara ini masih jauh ketinggalan.

“Kita sedar bahawa perjalanan kita ini masih panjang dan memerlukan usaha yang berterusan. Kita perlu menggembleng tenaga dan berganding baharu, biar `lambat laga asalkan menang.’ Maksudnya, biar lambat asalkan maksud kita tercapai,” katanya. – UTUSAN ONLINE