[EDARAN SEGERA!] PEMINDAHAN LOKASI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2018/2019

Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera

YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, adalah dimaklumkan bahawa lokasi berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2018/2019 terpaksa ditukarkan ke Auditorium, Perpustakaan Negara Malaysia. Namun, aturcara PTPM pada hari esok 27 Mac 2019 (Rabu) masih kekal di Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur.

Oleh itu, dimohon tuan/puan menghebahkan kepada semua ahli dan bakal ahli PPM yang akan menghadiri sidang MAT 2018/2019 supaya sama-sama mengetahui tentang perkara ini.

Segala kesulitan tuan/puan amatlah dikesali.

Berikut adalah maklumat terkini tentang MAT PPM 2018/2019

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPM 2018/2019
Tarikh: 28 Mac 2019 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat Baru: Auditorium, Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, Malaysia

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.