NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA KE-64 TAHUN 2019/2020

Surat Kami: PPM/1.2/MAT/2020 (15)

Tarikh: 21 Julai 2020

Assalamualaikum / Salam sejahtera Ahli PPM yang dihormati

YBhg. Dato/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA KE-64 TAHUN 2019/2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sepertimana YBhg. Dato/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/tuan/puan sedia maklum, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2019/2020 secara dalam talian pada 25 Julai 2020 (Sabtu). Surat kami bilangan PPM 1.2/MAT/2020(06) bertarikh 6 Jun 2020 adalah dirujuk dan berkaitan. Sehubungan dengan itu, seiring dengan pelonggaran PKPP, PPM juga akan mengadakan MAT secara fizikal (face-to-face). Maklumat lanjut mengenai MAT adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 25 Julai 2020 (Sabtu)
  • Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
  • Tempat :

(a) Facebook Live Persatuan Pustakawan Malaysia: ppm55

(b) Auditorium, Aras 2, Pustaka Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Jalan Kelab Golf 13/6 Seksyen 13, 40100 Shah Alam

3. Pihak kami dengan besar hati menjemput semua Ahli PPM untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PPM. Aturcara majlis, agenda MAT adalah seperti di lampiran. Dokumen mesyuarat boleh dimuat turun dari https://drive.google.com/drive/folders/1Z4GhWhG17f0UODkxyyALOCrLwg39hxpa.

4. Untuk makluman, sebagai mematuhi SOP PKPP hanya 100 orang ahli yang boleh hadir secara fizikal. Kami memohon kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang ingin hadir secara dalam talian dan fizikal untuk mengesahkan kehadiran sebelum 2 petang, 24 Julai 2020 (Jumaat) di https://forms.gle/eFA8neto2V5kVypi9 .

5. Ahli-ahli boleh mengikuti MAT di Facebook PPM (https://www.facebook.com/ppm55) .

6. Kehadiran YBhg. Dato’/Datin/Dr./tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

(DR. KHASIAH ZAKARIA)

Setiausaha Kehormat

Persatuan Pustakawan Malaysia 2018/2020

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.