NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2018/2019

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2018/2019 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Mac 2019 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat: Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Kuala Lumpur, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur.

RALAT 
Tempat Baru: Auditorium, Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, Malaysia

3. Bersama-sama ini disertakan Notis/Agenda MAT PPM 2018/2019 [KLIK], Borang Pelepasan [KLIK] dan Borang Usul [KLIK] untuk perhatian pihak YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./tuan/puan. Sekiranya terdapat sebarang usul dari pihak YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./tuan/puan, mohon kemukakan usul tersebut ke pihak PPM sebelum 7 Mac 2019 melalui emel pustakawan55@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.