[PENGUMUMAN BAHARU] – PINDAAN NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2017/2018

Kepada : Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

PINDAAN NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2017/2018
Dengan segala hormatnya saya merujuk surat PPM nombor rujukan PPM 1.2/MAT/2018(01) bertarikh 22 Januari 2018 dan perkara diatas.
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PPM kali ke-62 akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh : 26 Mac 2018 (Isnin)
  • Masa: 8:00 pagi – 4:30 petang
  • Tempat: Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor

3. Ahli diminta mengambil perhatian kepada aturan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2017/2018 seperti di Lampiran dan agenda Mesyuarat Agung Tahunan PPM adalah seperti berikut:
Agenda Mesyuarat:-

  1. Perutusan Pengerusi
  2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2016/2017
  3. Perkara-perkara berbangkit
  4. Laporan Tahunan PPM 2017/2018
  5. Menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PPM 2017
  6. Perbincangan usul
  7. Hal-hal lain
  8. Pembubaran Majlis PPM Sesi 2016/2018
  9. Pemilihan Ahli Majlis PPM Sesi 2018/2020
  10. Ucapan Presiden PPM Sesi 2018/2020
  11. Penangguhan mesyuarat

4. Penyata akaun teraudit, minit mesyuarat dan laporan tahunan boleh diakses, dimuat-turun dan dicetak melalui laman web PPM pada atau sebelum 20 Mac 2018. Segala dokumen akan dipaparkan dengan pancaran LCD semasa Mesyuarat Agung.
Segala sokongan, perhatian dan kerjasama ahli PPM amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas,
( SITI SUMAIZAN BINTI RAMLI )
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pustakawan Malaysia
Sesi 2016-2018

Rujuk: Notis Terdahulu

MUATTURUN :-

  1. Pindaan Notis Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2017/2018- 14 -03-2018
  2. Surat Pelepasan AGM PPM 2017/2018
  3. Borang Usul 2018

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: