[PRESS RELEASE] KHIDMAT PERPUSTAKAAN BERTEKNOLOGI TINGGI PERLU DIPERLUAS KE SELURUH NEGARA

Bernama News / Berita Dalam Negeri
12/09/2017 | Oleh: NOR HAYATI ENDAN

 

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) —  Perkhidmatan perpustakaan berteknologi tinggi perlu diperluas ke seluruh negara , terutama di kawasan pedalaman bagi memastikan penduduk di kawasan itu menerima akses maklumat yang sama, sekali gus melahirkan masyarakat berilmu dan bermaklumat tinggi.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Datuk Nafisah Ahmad berkata perkembangan teknologi maklumat pada masa kini seperti kemudahan Internet, telefon pintar dan gajet pintar membolehkan aktiviti membaca dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

“Keperluan bahan bacaan secara elektronik seperti e-buku, e-jurnal dan e-majalah yang semakin meningkat mendorong perpustakaan di seluruh negara mendigitalkan bahan bacaan itu bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Seiring dengan kemudahan bahan bacaan digital yang tersedia, sebanyak 24.34 juta penggunaan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi telah direkodkan di perpustakaan seluruh Malaysia sepanjang tahun 2015,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, hari ini.

Nafisah menyeru pustakawan dan perpustakaan di seluruh negara agar menggembleng usaha dan tenaga bagi mempertingkatkan pembangunan perpustakaan sebagai satu daripada agenda negara dalam mewujudkan masyarakat yang minat membaca dan berilmu.

Beliau turut menekankan bahawa pembangunan perpustakaan di negara ini perlu diletakkan sejajar dengan pembangunan pelbagai sektor lain seperti ekonomi bagi mencapai aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Nafisah berkata pembangunan perpustakaan merupakan komponen penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, justeru itu penekanan sewajarnya hendaklah diberikan terhadap pembangunan perpustakaan di seluruh negara.

“Sesebuah negara tidak akan maju sekiranya rakyatnya tidak berilmu. Ilmu dan maklumat yang dipelihara dan diurus oleh sesebuah perpustakaan itu boleh menjadi penentu jatuh bangunnya sesebuah negara dan masyarakat.

“Khazanah ilmu yang ada pada sesebuah perpustakaan hendaklah sentiasa dijaga dan disebarkan kepada orang ramai. Dalam usaha membina sesebuah negara yang mempunyai peradaban tinggi, perpustakaan menjadi saluran menyebarkan dasar-dasar kerajaan selain rujukan penting kepada pelbagai maklumat,” katanya.

Nafisah berkata persidangan bertemakan ‘Transformasi Perpustakaan, Transformasi Masyarakat yang berlangsung selama dua hari  itu membincangkan antara lain peranan perpustakaan sebagai sumber maklumat dan usaha meletakkannya di barisan hadapan menerajui aktiviti penyediaan dan penyebaran ilmu dan maklumat melalui pengurusan perpustakaan yang cekal, berteknologi tinggi dan sentiasa terkini.

— BERNAMA

 

HIGH-TECH LIBRARY SERVICES MUST BE EXPANDED NATIONWIDE – PNM DG

KUALA LUMPUR, Sept 12 (Bernama) — The high-technology library services must be expanded throughout the country, especially in remote areas to ensure all residents have access to the same information thus generating a knowledgeable and informed society, said National Library of Malaysia (PNM) director-general Datuk Nafisah Ahmad.

She said with today’s development in information technology such as internet-enabled facilities, smartphones and smart gadgets, reading could be done anywhere and at anytime.

“The need for electronic reading materials such as e-books, e-journals and e-magazines has encouraged libraries throughout the country to digitise reading materials to promote the reading culture amongst people in the country.

“In line with the availability of digital reading facilities, 24.34 million information and communications technology service usage has been recorded in libraries nationwide throughout 2015,” she said when met by reporters after the opening of One Malaysia Library Conference at the Farmers’ Organisation Tower, today.

Nafisah called on librarians and libraries nationwide to mobilise efforts on enhancing libraries and to make this as a national agenda to foster reading and create a knowledgeable and informed society.

She also emphasised that the development of libraries in the country should be in line with the development of various other sectors such as the economy in achieving the aspiration of 2050 National Transformation (TN50).

— BERNAMA

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: