Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan menganjurkan Program Technology Talk & Update: Perpustakaan Penggerak Perkhidmatan Pintar.
Maklumat berkenaan program tersebut adalah seperti berikut:
Perkara: Program Technology Talk & Update: Perpustakaan Penggerak Perkhidmatan Pintar
Tarikh: 1 – 2 Ogos 2019 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8:30 pagi hingga 4:30 petang
Tempat: Bilik Serbaguna & Ruang Santai Aras 1, Anjung Bestari, PNM
Pendaftaran:
https://forms.gle/MuJ32KED4WBact7LA
Objektif Program:
- Memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan berkaitan Revolusi 4.0 dan perkembangan teknologi semasa yang semakin mendahului zaman;
- Menyediakan platform untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menyedia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti sesuai dengan teknologi terkini; dan
- Menyediakan ruang untuk menambah jaringan perhubungan bagi mengalakkan jalinan kerjasama strategik serta perkongsian pintar merentasi sempadan.
You must log in to post a comment.