[Program PPM] Bengkel Biblioterapi: Peranan Perpustakaan

Hai semua!

Susulan dari bengkel Knowledge Cafe Biblioterapi (BT) yang lalu, sebagai kesinambungan, PPM akan menganjurkan Bengkel BT yang akan mengangkat peranan perpustakaan dalam melaksanakan BT, menilai dan mengenalpasti bahan yang sesuai bagi koleksi BT serta membantu mewujudkan sudut/ruang BT dan aktiviti bersesuaian.

Dalam bengkel ini, peserta akan diterangkan bagaimana BT dan kaunseling berkaitrapat dan boleh digunakan oleh kaunselor dan rakan pembimbing seperti AKRAB dan PERBIMA untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan berkaitan mental.

Penulis dan penerbit buku juga amat dialukan untuk menghadiri bengkel ini kerana Malaysia kekurangan buku yang mempunyai elemen biblioterapi dan pada masa kini, perpustakaan dan juga orang awam ramai mencari buku berunsurkan biblioterapi bagi tujuan terapi.

Jadi, tunggu apa lagi, jom kita daftar untuk bengkel ini supaya BT dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia. Warga perpustakaan kaunselor, AKRAB, penulis dan pembekal buku dijemput hadir pada ketetapan berikut:

Tarikh: 30-31 Oktober 2019
Lokasi: PPAS, Shah Alam.

Fasilitator: Puan Rafidah, pensyarah kanan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM juga Presiden Perbima yang berpengetahuan luas mengenai BT, berkemahiran menjalankan BT dan banyak memberi ceramah mengenai BT.

Yuran penyertaan:
💵 RM250.00 (Ahli PPM)
💵 RM300.00 (Bukan Ahli PPM)

Tempat TERHAD tau! 💁🏻‍♂ Rugi kalau terlepas peluang.
Perpustakaan anda boleh menjadi perpustakaan awal mempunyai sudut/ruang BT. Untuk penyertaan dan maklumat lanjut, sila rujuk brosur atau hubungi
019-6421825
pustakawan55@gmail.com

Sudut/ruang BT dan aktiviti yang dijalankan mampu memberi nafas baru juga kepelbagaian kepada perpustakaan kerana pengguna sekarang amat dahagakan buku yang mampu merawat jiwa dan memotivasikan mereka untuk terus maju kehadapan.

Dengan peningkatan masalah sosial, kemurungan, stres, “anxiety” dan sebagainya, sudah pasti perpustakaan ingin memainkan peranan sebagai penyembuh dan pencegah agar perpustakaan terus relevan dan juga dapat menambah nilai.

PUSTAKAWAN MALAYSIA
Pustaka Sumber Ilmu.

This image requires alt text, but the alt text is currently blank. Either add alt text or mark the image as decorative.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.