JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL PERLAKSANAAN “MARRAKESH VIP TREATY” DAN PERPUSTAKAAN INKLUSIF
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Perpustakaan kepada Golongan Khas, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan mengadakan bengkel perlaksanaan “Marrakesh VIP Treaty” dan konsep Perpustakaan dan Pusat Sumber Inklusif. Maklumat berkenaan bengkel tersebut adalah seperti berikut:
Tempat : Auditorium, Perpustakaan Utama, Universiti Malaya
Tarikh : 22 & 23 Ogos 2019 (Khamis dan Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
- Program ini dirangka bertujuan untuk memantapkan pengetahuan Pustakawandan Pengurus-pengurus Maklumat mengenai persediaan dan perlaksa berkaitan dengan Marrakesh VIP Treaty. Selain itu, konsep inklusif untuk mengwujudkan suasana inklusif di perpustakaan dan pusat sumber turut diketengahkan. Jika YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan mempunyai pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Pn. Siti Mawarni (+603-7967 3921) atau Cik Ilina (+603-7967 3296) atau rujuk Facebook: Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Golongan Khas @PPMJKOKU
- Besar harapan kami jika pihakYBhg. Dato’/Datin/tuan/puan dapat menghantar wakil peserta untuk memeriahkan lagi bengkel tersebut. Dilampirkan bersama program tentatif.Kerjasama Tuan dalam menjayakan hasrat kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Muat Turun Borang:- Surat jemputan dan borang
**Pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di: https://forms.gle/qXfFWsLMGAFi43pV7
You must log in to post a comment.