[PROGRAM PPM] – TERKINI! CERIA KEMBALI KE SEKOLAH 2020 – PAHANG

๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™‚Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Tuan/Puan yang dihormati,

1. Jika tuan/puan masih berhajat untuk memberi sumbangan ikhlas bagi keceriaan anak-anak orang asli Sg Mas Pahang, bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 014299301082 atas nama Persatuan Pustakawan Malaysia sebelum 30/12/19.

2. Tuan/Puan juga boleh menyerahkan sumbangan dalam bentuk barangan/keperluan sekolah seperti beg, alat tulis, pakaian ke pejabat PPM.

3. Selain itu, tuan/puan yang berminat untuk menyertai program ini, tuan/puan boleh hubungi Encik Ali Rashid ditalian telefon +60123825925 dan buat tempahan bilik di Jasa Resort Sg Lembing dengan tawaran harga istimewa. ๐Ÿ’โ€โ™‚

4. Tuan/Puan yang berdekatan dengan kawasan berhampiran juga adalah dijemput menghadiri sesi Sua Mesra dan perjumpaan bersama Presiden PPM. Rakan-rakan warga kerja Perpustakaan & pusat pengurusan maklumat di Zon Timur adalah diharapkan memanjangkan jemputan & menghadiri program ini. Kehadiran tuan/puan ke sesi ini juga perlu dimaklumkan kepada En. Ali Rashid terlebih dahulu.

Atas keprihatinan dan sumbangan anda, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Komuniti Disantuni, PPM DiSayangi!

PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA
Pustaka Sumber Ilmu

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.