Program ‘Sumbang Buku, Kongsi Ilmu’ sempena Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2017/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2017/2018 pada 26 Mac 2018, PPM akan melancarkan Program ‘Sumbang Buku, Kongsi Ilmu’. Program sumbangan buku ini bertujuan membantu rumah kebajikan/golongan yang memerlu bahan bacaan dan meningkat amalan budaya membaca di kalangan masyarakat.

Justeru, semua ahli PPM digalakkan untuk membawa sebuah buku semasa mesyuarat bagi menyokong usaha CSR PPM ini melalui Program ‘Sumbang Buku, Kongsi Ilmu’.

Sumbang buku anda untuk perkongsian ilmu sebagai tanda keprihatinan kita untuk semua.

#sumbangbuku
#kongsiilmu
#ppmbookcharity
#pustakawanprihatin

Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan ikhlas YBhg Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

Sekian,

PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA
Pustaka Sumber Ilmu

%d bloggers like this: