PROGRAM TECHNOLOGY UPDATE TALK & MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PPM 2017

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

PROGRAM TECHNOLOGY UPDATE TALK & MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PPM 2017

YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Semua Ketua Pustakawan / Ketua Jabatan / ahli-ahli PPM / Pustakawan / Pensyarah / Pelajar bidang Sains Perpustakaan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) ingin menjemput YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan menghadiri ke Program Technology Update Talk dan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PPM bagi tahun 2017 yang akan berlangsung pada masa berikut:-

Tarikh : 24 Julai 2017
Masa : 10:00 pagi hingga 5:30 petang
Lokasi : Bilik Serbaguna, Aras 1, Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
Pakaian : Batik/ Baju Raya
Tema Majlis Jamuan: Ceria Aidilfitri PPM 2017

2. Sehubungan dengan itu, dimohon keizinan Ketua Pustakawan/Ketua Jabatan untuk membenarkan ahli/ahli-ahli dan ahli wakil bagi institusi yang berdaftar dengan PPM, menghadiri program tersebut.

3. Mohon membuat pengesahan kehadiran Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan melalui emel pustakawan55@gmail.com sebelum 20 Julai 2017.

Emelkan butir-butir yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama:
No. Ahli PPM:
Alamat pejabat:
No. Tel:
Emel:

Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran daripada pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan

Dilampirkan aturcara majlis untuk rujukan selanjutnya.

Aturcara Jamuan_Raya_PPM_2017

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

%d bloggers like this: