PERSIDANGAN TAHUNAN PERPUSTAKAAN MALAYSIA (PTPM 2019) & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPM 2018/2019

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

 

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr,/Tuan/Puan,

 

Merujuk perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perpustakaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengadakan Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2019 dan PPM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPM 2018/2019 pada ketetapan berikut:

 

Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2019
Tarikh: 25 – 27 Mac 2019
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur
Muat Turun:
Brosur_PTPM_2019

Laman web PTPM 2019: http://ptpm.ppm55.org/

 

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPM 2018/2019
Tarikh: 28 Mac 2019
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat Baru: Auditorium, Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, Malaysia

 

3. Untuk makluman lanjut, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr,/tuan/puan boleh merujuk brosur PTPM 2019 seperti dalam laman web http://ptpm.ppm55.org. Sekirannya terdapat pertanyaan berkaitan PTPM 2019 bolehlah diemelkan ke sekretariat PTPM 2019: ptpm2019@gmail.com. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Mac 2019.

 

Sokongan dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr,/tuan/puan dalam menjayakan PTPM 2019 amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.
“PUSTAKA SUMBER ILMU”

 

PENDAHULUAN PTPTM 2019

Perpustakaan berperanan dalam membentuk masyarakat berbudaya ilmu dan membaca. Sejajar dengan pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan dan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030, perpustakaan perlu mempergiatkan lagi usaha ke arah ini. Bagi maksud ini, Persatuan Pustakawan Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia telah memilih #MalaysiaMembaca sebagai tema bagi Persidangan tahunan Perpustakaan Malaysia 2019, Persidangan kali ini memaparkan kegiatan dan inisiatif perpustakaan, pustakawan, organisasi dan individu dalam usaha mereka untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

OBJEKTIF PTPM 2019

  • Menjadi platform untuk perbincangan mengenai budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Memapar usaha perpustakaan dalam memupuk budaya membaca dengan masyarakat setempat.
  • Memperkasa peranan perpustakaan bagi mencapai matlamat Dekad Membaca Kebangsaan

 

TOPIK PTPM 2019

  • #MalaysiaMembaca
  • Penghasilan Kandungan dan Data Raya
  • Aktivis #MalaysiaMembaca

ptpm_2019

PTPM 2019 Form

 

Muizzudin Kaspol

Librarian. Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: