>>Muat Turun: REQUEST FOR PROPOSAL PPM<<
- Tarikh: 02/02/2020
- Diuruskan oleh: Jawatankuasa Teknologi Maklumat PPM
- Tarikh Tutup Maklumbalas: 29/02/2020
- Maklumbalas kepada: jkictppm@gmail.com
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kini membuka tawaran kepada mana-mana pihak (syarikat/freelance/individu) yang berminat untuk melaksanakan projek menaiktaraf, memasang dan mengujitauliah laman web Persatuan Pustakawan Malaysia.
- Meskipun PPM adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO), penilaian terhadap ciri-ciri pembangunan laman web adalah berdasarkan spesifikasi, justifikasi dan kreativiti tuan/puan selagi mana memenuhi piawaian-piawaian keselamatan antarabangsa atau garis panduan kerajaan Malaysia seperti berikut:-
- Garis Panduan Malaysian Civil Service Link (MCSL) dan Laman Web Agensi Kerajaan.
- Garis Panduan Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam
- Selain itu, PPM juga akan membuat penilaian terhadap laman web baharu atas perkara-perkara berikut:-
- Mampu menampung lebih 5 juta hits setiap tahun.
- Mampu menampung lebih 500 GB bandwith setiap tahun.
- Mampu menampung lebih 100 ribu jumlah pelayar unik setiap tahun.
- Mampu menampung operasi lebih 5 subdomain.
- Mampu menampung storan emel melebihi 20GB.
- Mampu menampung storan laman web melebihi 20 GB.
- Hanya syarikat/freelance/individu yang mempunyai kelayakan profesional dan berpengalaman layak untuk memohon.
- Cadangan yang diterima akan dinilai dan diberi maklum balas melalui emel.
- Sebarang pertanyaan emel kepada jkictppm@gmail.com.
Sekian, terima kasih.
You must log in to post a comment.