Kepada
Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia,
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SENARAI NAMA CALON PEMILIHAN AHLI MAJLIS PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2020-2022
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bersama ini disampaikan senarai nama calon Pemilihan Ahli Majlis PPM 2020-2022 yang telah diterima dan disahkan selepas tarikh tutup pencalonan seperti di lampiran. (SENARAI PENUH PENCALONAN PEMILIHAN AHLI MAJLIS PPM 2020-2022)
Dimaklumkan, Kertas undi pemilihan Ahli Majlis PPM 2020-2022 akan diedarkan kepada Ahli PPM (Ahli Seumur hidup dan Profesional) yang aktif melalui email secara berperingkat mulai minggu ini. Sesi pengundian akan bermula pada 4 Julai 2020 jam 12.00 malam dan dan tarikh akhir pembuangan undi adalah pada 25 Julai 2020 jam 10.00 pagi sebelum bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2019/2020.
Sekian, terima kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
(AZLAN MOHAMAD HAMZAH)
Pegawai Pemilihan
Persatuan Pustakawan Malaysia
You must log in to post a comment.