[PENGUMUMAN PENTING] SEMINAR KEBANGSAAN PERPUSTAKAAN AKADEMIK (SKPA 2020) DITANGGUHKAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dukacita dimaklumkan bahawa program-program yang dirancang oleh Persatuan Pustakawan Malaysia kini tidak terlepas daripada kesan fenomena penularan wabak COVID-19 yang sedang berlaku.

Hal ini termasuk penganjuran Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik (SKPA 2020) yang dijadualkan berlangsung pada 24-25/3/2020. Pihak PPM telah menerima nasihat daripada pihak Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Multimedia University (OSHE MMU) supaya menunda penganjuran SKPA 2020.

Oleh yang demikian, pada waktu ini tarikh dan ketetapan baru belum diputuskan. Sebarang keputusan muktamad akan dimaklumkan kemudian. Sebarang perkembangan dan perubahan juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di media sosial rasmi dan laman web rasmi PPM.

Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih.

Persatuan Pustakawan Malaysia

10/03/2020

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.