Trans-Pacific Partnership Agreement

Bingkisan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Inggeris Trans-Pacific Partnership Agreement atau TPPA yang berkaitan dengan Perpustakaan di Malaysia.

  1. TPPA: Jawapan Kepada Kebimbangan, Salah Faham dan Tuduhan (m/s PDF: 55, 79 & 80)
  2. Ringkasan Teks Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
    1. BAB 14 PERDAGANGAN ELEKTRONIK
      • Duti Kastam (Article 14.3)
        Obligasi dalam Artikel 14.3 adalah bagi setiap Negara TPP tidak mengenakan duti
        kastam ke atas mana-mana transaksi atau perkhidmatan (misalnya, e-buku, perisian,
        permainan, muzik, dan video) yang disalurkan secara penghantaran elektronik. Duti
        Kastam adalah duti yang dikenakan semasa memasuki atau menyeberangi sempadan
        di mana buat masa ini sememangnya tiada duti kastam dikenakan terhadap transmisi
        elektronik. Justeru itu tidak ada kehilangan revenue daripada perolehan revenue duti
        kastam ke atas penghantaran menerusi transmisi elektronik disebabkan tiada teknologi
        yang boleh mengesan secara realistiknya apa yang disalurkan menerusi elektronik.
        Namun demikian Negara TPP tidak dihalang mengenakan cukai dalaman negara atau
        lain-lain caj dalaman bagi penghantaran yang dihantar secara elektronik (dan juga
        bukan elektronik) dengan syarat bahawa apa-apa cukai atau bayaran yang dikenakan
        dalam cara yang konsisten dengan Perjanjian ini.
    2. BAB 18 HARTA INTELEK
      1.  Artikel 18.16: Kerjasama dalam Bidang Pengetahuan Tradisional
        • Setiap negara TPP hendaklah berusaha untuk meningkatkan kualiti pemeriksaan paten, seperti:
          (a) dalam menentukan sama ada paten tersebut adalah baru, pemeriksaan paten
          boleh mengambil kira maklumat mengenai pengetahuan tradisional dan sumber genetik;
          (b) memberi peluang kepada sesiapa untuk memberikan maklum balas kepada
          pihak berkuasa yang membuat pemeriksaan paten mengenai pengetahuan tradisional dan sumber genetik;
          (c) menggunakan pangkalan data atau perpustakaan digital yang mengandungi pengetahuan tradisional dan sumber genetik; dan
          (d) kerjasama dalam melatih pemeriksa paten dalam bidang berkaitan pengetahuan tradisional dan sumber genetik
      2. Artikel 18.68: Langkah-langkah Perlindungan Teknologi (Technological Protection Measures – TPM)
        • Prosedur dan hukuman jenayah tersebut tidak terpakai ke atas perpustakaan bukan berasaskan keuntungan, muzium, arkib, institusi pendidikan, atau entiti penyiaran awam bukan komersial. Negara-negara TPP juga boleh memperuntukkan bahawa remedi
          yang diperuntukkan di bawah Artikel 18.74 tidak terpakai ke atas entiti-entiti yang sama sekiranya aktiviti tersebut dijalankan tanpa pengetahuan bahawa kelakuan tersebut adalah dilarang.
      3. Artikel 18.69: Maklumat Pengurusan Hak (Rights Management Information – RMI)
        • 1. Dalam memperuntukkan remedi-remedi perundangan yang mencukupi dan
          efektif dalam melindungi maklumat pengurusan hak:
          (a) setiap negara TPP hendaklah memperuntukkan bahawa seseorang yang
          dengan sengaja tanpa kebenaran:
          (i) membuang atau mengubah apa-apa RMI;
          (ii) mengedar atau mengimport RMI yang telah diubah tanpa kebenaran;
          atau
          (iii) mengedar, mengimport, menyiar atau menyampai kepada orang
          awam salinan-salinan karya, persembahan atau fonogram di mana
          RMI itu telah dibuang atau diubah tanpa kebenaran,
          adalah bertanggungjawab dan tertakluk kepada remedi-remedi yang
          ditetapkan di bawah Artikel 18.74.
          Setiap negara TPP hendaklah memperuntukkan prosedur dan hukuman
          jenayah jika seseorang didapati terlibat dengan sengaja dan dengan
          tujuan komersial atau keuntungan di dalam mana-mana aktiviti yang
          dinyatakan di atas.
          Prosedur dan hukuman jenayah tersebut tidak terpakai ke atas
          perpustakaan bukan berasaskan keuntungan, muzium, arkib, institusi
          pendidikan, atau entiti penyiaran awam bukan komersial.
      4. Artikel 18.74: Prosedur dan Remedi Sivil
        1. 17. Dalam prosiding sivil berkaitan Artikel 18.68 dan Artikel 18.69:
        2. (a) setiap negara TPP hendaklah memperuntukkan bahawa pihak berkuasa kehakimannya, sekurang-kurangnya, mempunyai kuasa untuk: (i) mengenakan langkah-langkah interim, termasuk penyitaan atau membuat rampasan barang-barangan yang disyaki digunakan bersama; (ii) memerintah ganti rugi yang tersedia bagi pelanggaran hak cipta; 177 (iii) memerintah kos, fi atau perbelanjaan-perbelanjaan lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 10; dan (iv) memerintah agar barangan yang digunakan untuk dimusnahkan.
        3. (b) Ganti rugi tidak boleh dituntut terhadap perpustakaan bukan berasaskan keuntungan, arkib, institusi pendidikan, muzium, atau entiti penyiaran awam yang tidak bersifat komersial, sekiranya entiti-entiti tersebut tidak mempunyai pengetahuan mengenai aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

 

Rangkuman penuh, layari : http://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/tppa

%d bloggers like this: