PEMBAHARUAN YURAN KEAHLIAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) TAHUN 2019

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

YBhg. Dato’/ Datin / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sedia maklum, Perlembagaan Persatuan Pustakawan Malaysia (Pindaan) 1998, memperuntukkan yuran keahlian Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) hendaklah dijelaskan pada 1 Januari setiap tahun.

3. Sehubungan itu, saya memohon kerjasama YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk memperbaharui yuran keahlian Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bagi tahun 2019 iaitu sebelum 15 Mac 2019.

4. Bayaran boleh dibuat melalui cek/deposit tunai/pindah tunai secara “online banking” atas nama Persatuan Pustakawan Malaysia.

5. Maklumat pembayar dan bukti pembayaran hendaklah disampaikan ke pejabat Persatuan secara pos/emel.  Selain itu, bukti pembayaran perlu dilampirkan bersama borang pembaharuan keahlian PPM dihantar kepada Bendahari Kehormat. Jika YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan ingin penjelasan lanjut, sila hubungi Cik Rohaya Umar di talian  019-3384031 atau berhubung dengan Pegawai Eksekutif PPM, Cik Wan Nor Azian binti Wan Abdullah, di talian 013-7391591 atau emel kepada pustakawan55@gmail.com.

6. Maklumat akaun PPM adalah seperti berikut:
Nama Akaun     : Persatuan Pustakawan Malaysia B
Nombor Akaun   : 014299301082
Alamat Bank    : Malayan Banking Berhad,  Cawangan Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

7. Sokongan dan kerjasama YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Muat turun Lampiran-lampiran: –

Nota: Mohon pihak YBhg. Dato’/ Datin / Tuan / Puan, melampirkan bukti pembaharuan beserta borang pembaharuan yang telah diisi lengkap.

 

AKMAL USM

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: