NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2017/2018

Kepada: Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YBhg. Dato’/Datin/ Prof./ Dr./Tuan/Puan.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2017/2018

Dengan hormatnya dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2017/2018 akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 26 Mac 2018 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor

2. Sehubungan itu semua ahli PPM dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PPM serta Seminar
PPM , seperti maklumat berikut:

Aturcara Majlis:
08.30 pg.: Pendaftaran Ahli & Jamuan Pagi
08:50 pg.: Ketibaan Tetamu Kehormat
09:00 pg.: Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan oleh Presiden PPM, YBhg. Dato’ Hajjah Nafisah Ahmad
Ucapan Perasmian oleh KSU Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, YBhg
Datuk Rashidi Hasbullah
Pelancaran Penerbitan PPM
Anugerah Kumpulan Paling Aktif
Anugerah Jawatankuasa Paling Aktif
Anugerah Penulisan Terbaik
Anugerah Pelajar Terbaik – UiTM, UM, UIA, UNISEL
Anugerah Pustakawan Harapan
Anugerah Tokoh Pustakawan
10:30 pg.: Mesyuarat Agung PPM
Pengumuman Ahli Majlis PPM 2018/2020
1.00 ptg.: Jamuan Tengahari
2:30 ptg.: Seminar PPM
5:00 ptg.: Bersurai

3. Selain itu, sebarang cadangan usul pindaan perlembagaan hendaklah sampai kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya satu bulan sebelum M.A.T, manakala usul untuk resolusi disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum M.A.T berlangsung iaitu pada 26 Mac 2018 (Isnin). Emel: sumaizan@upsi.edu.my;  CC: pustakawan55@gmail.com

4. Sila buat salinan borang atau gunakan lampiran jika ruangan dalam borang usul yang disediakan tidak mencukupi.

5. Bagi penamaan calon ahli majlis sesi baharu 2018/2020, borang akan dihantar kepada ahli profesional melalui pos/emel sahaja. Sekiranya ada ahli profesional PPM yang tidak mendapat borang penamaan calon, tuan/puan boleh hubungi melalui emel untuk mendapatkan borang tersebut.

Segala sokongan, perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/ Prof./ Dr./Tuan/Puan. amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

(SITI SUMAIZAN BINTI RAMLI)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pustakawan Malaysia
Sesi 2016-2018

MUATTURUN BORANG:-

  1. Notis Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2018_22012018
  2. Borang Usul 2018

 

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: