[ANNOUCEMENT] PENCALONAN AHLI MAJLIS PPM 2020/2022

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

 

Kepada :

Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

PENCALONAN AHLI MAJLIS PPM 2020/2022

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

  1. Dimaklumkan bahawa saya selaku Pegawai Pilihan raya yang dilantik bagi tujuan pemilihan Ahli Majlis PPM 2020/2022, telah dinyatakan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan PPM 2019/2020 akan diadakan pada 26 Mac 2020.

 

  1. Berdasarkan peruntukan Perlembagaan PPM, saya dengan sukacita menyampaikan Borang Penamaan Calon Ahli Majlis PPM dan Borang Biodata Calon yang boleh dimuat turun seperti pautan di bawah untuk dilengkapi dan dikembalikan segera sebelum 20 Februari 2020.Tindakan dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini akan membolehkan saya melaksanakan proses pengundian dengan lancar. Dimaklumkan bahawa setiap pencalonan akan disemak dan disahkan tertakluk kepada Perlembagaan PPM.

 

  1. Sila hantar borang pencalonan anda yang lengkap dengan tandatangan calon, pencadang dan penyokong kepada Pegawai Pilihan raya, Encik Azlan Mohamad Hamzah melalui email ke pilihanrayappm2020@gmail.comCC :pustakawan55@gmail.com

 

Nota: Undian akan diadakan secara atas talian, sila kemaskini maklumat email tuan/puan sebelum 6 Februari 2020. Sila email kepada pilihanrayappm2020@gmail.com

 

Borang Penamaan Calon Ahli Majlis PPM dan Borang Biodata Calon : Muat Turun

 

Notis Pencalonan Ahli PPM Sesi 2020/2022 : Muat Turun

 

Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan pilihan raya kali ini berjalan lancar sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, Terima kasih

Saya yang menjalankan tugas,

(AZLAN MOHAMAD HAMZAH)
Pegawai Pilihan raya
Persatuan Pustakawan Malaysia

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.