YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
ANUGERAH PUSTAKAWAN CEMERLANG PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2019
Dengan segala hormat saya merujuk perkara diatas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa sebagai penghargaan kepada penglibatan dan sumbangan ahli PPM dalam bidang kepustakawanan, PPM menjemput pencalonan bagi Anugerah PustakawanCemerlang PPM 2019 yang julung kali diadakan.
- Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput mencalon atau dicalon bagi Anugerah Pustakawan Cemerlang ini. Maklumat dan borang pencalonan bagi Anugerah ini adalah seperti di Lampiran yang disertakan . Sila lengkapkan borang pencalonan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan dan dihantar melalui emel : anugerahppm@gmail.com sebelum atau pada 31 Januari 2020 (Jumaat) kepada:
Jawatankuasa Kecil Anugerah PPM
Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)
d/a Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
Tel. Bimbit: 016-6288899
Emel : anugerahppm@gmail.com
MUAT TURUN: BORANG PENCALONAN ANUGERAH PUSTAKAWAN CEMERLANG 2019
You must log in to post a comment.