[BENGKEL] BENGKEL BIBLIOTERAPI: PERANAN PERPUSTAKAAN

Peranan perpustakaan bukan sekadar melahirkan masyarakat bermaklumat malahan melahirkan masyarakat yang mempunyai minda yang sihat dan positif. Kaunselor, pustakawan, guru/guru pusat sumber sekolah, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan penulis/pembekal/pengedar buku boleh memainkan peranan masing-masing.

Biblioterapi boleh digunakan ke atas diri sendiri mahupun orang lain yang memerlukan bantuan malah mampu untuk mencegah masalah dari menjadi lebih serius. Biblioterapi boleh diaplikasikan kepada semua lapisan umur seperti kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua.

Apakah elemen dan kaedah Biblioterapi? Kalau begitu, macam mana nak menguasai keistimewaan ilmu biblioterapi ini? Jom, daftar dan dapatkan seberapa banyak ilmu terapi yang boleh menjadi pengubat keceriaan masyarakat melalui buku dengan menyertai Bengkel Biblioterapi pada ketetapan berikut:

Tarikh: 4 & 5 Mac 2020
Tempat: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Seksyen 13 Shah Alam.

Rujuk laman sesawang ppm55.org, e-mel ke pustakawan55@gmail.com atau hubungi kami di talian 019-6421825/012-9781047/013-6384274

PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA
Pustaka Sumber Ilmu

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.