PROGRAM BICARA INTELEK PUSTAKAWAN & MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera

YBhg. Prof. / Puan Sri / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

Semua Ketua Pustakawan / Ketua Jabatan / ahli-ahli PPM / Pustakawan / Pensyarah / Pelajar bidang Sains Perpustakaan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) ingin menjemput tuan/puan menghadiri ke Program Bicara Intelek Pustakawan dan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2016 yang akan berlangsung pada masa berikut:-

Tarikh : 4 Ogos 2016
Masa : 8:30 pagi hingga 2:00 petang
Lokasi : Bilik Serbaguna, Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
Pakaian : Batik/ Baju Raya
Topik Bicara Intelek Pustakawan: “Brexit”: are you effected?
Tema Majlis Jamuan: Ceria Aidilfitri PPM

2. Sehubungan dengan itu, dimohon keizinan Ketua Pustakawan/Ketua Jabatan untuk membenarkan ahli/ahli-ahli dan ahli wakil bagi institusi yang berdaftar dengan PPM, menghadiri program tersebut.

3. Dimaklumkan juga sekiranya tuan/puan yang ingin mendaftar sebagai ahli PPM / membayar yuran tahunan pembaharuan keahlian boleh dibuat pada masa tersebut dengan menghubungi Pegawai Eksekutif PPM yang berada berdekatan.

Maklumat berkenaan program tersebut adalah seperti berikut:

Aturcara Majlis

8.00 pagi        :           Pendaftaran ahli

9.00 pagi        :           Bicara Intelek Pustakawan

Brexit”: are you effected?

Pembentang: Prof. Madya Azmir bin Md Agel

10.00 pagi        :        Minum pagi

10.15 pagi        :        Bicara Intelek Pustakawan (sambungan)

11.00 pagi        :        Penyampaian cenderakenangan kepada penceramah

11.05 pagi        :        Ucapan Salam Aidilfitri oleh YDP PPM

11.10 pagi        :        Jamuan Ceria Aidilfitri

  • Cabutan Bertuah Raya
  • Persembahan busker
  • Tuah raya I
  • Persembahan busker
  • Tuah Raya II
  • Persembahan busker
  • Tuah raya III
  • Photo booth Ceria Aidilfitri PPM

3.00 ptg  :                 Majlis bersurai

Mohon membuat pengesahan kehadiran Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan melalui emel pustakawan55@gmail.com sebelum 2 Ogos 2016.

Emelkan butir-butir yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama:
No. Ahli PPM:
Alamat pejabat:
No. Tel:
Emel:

Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran daripada pihak Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.

Sekian, Terima Kasih.

Leave a Reply

%d bloggers like this: