Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan.
Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) melalui Jawatankuasa Perpustakaan Perubatan dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya akan menganjurkan Bengkel Evidence Based Medicine (EBM) untuk pustakawan pada ketetapan berikut:-
Tarikh: 24 – 25 Februari 2020 (Isnin & Selasa)
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Lokasi: Perpustakaan Perubatan T.J Danaraj, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya
Yuran penyertaan: RM 200 (Ahli PPM), RM250 (Bukan Ahli PPM)
Sila hantar maklumat penyertaan secara dalam talian melalui borang elektronik berikut:-
URL: https://forms.gle/6J4qiBLb8mFzTuzz5
Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada: 20 Februari 2020 (Khamis).
Dilampirkan juga poster sesi bengkel yang mengandungi maklumat talian untuk dihubungi bagi sebarang pertanyaan.
Tuan/Puan adalah dijemput hadir sebagai peserta ke sesi bengkel ini.
Objektif:
- Memperkenalkan proses amalan berasaskan bukti (EBP) dan peluang berkolaborasiantara pustakawan perubatan dan doktor
- Mengenalpasti reka bentuk kajian asas untuk perubatan klinikal, menyusun soalan klinikal secara fokus, strategi pencarian peer review, dan menilai risiko kecenderungandalam kajian yang diterbitkan.
- Meningkatkan kemahiran penilaian kritikal pustakawan.
- Meningkatkan pemahaman yang lebih baik terhadap reka bentuk kajian penyelidikan klinikal, statistik bioperubatan, dan penerangan klinikal dalam profesion kesihatan.
You must log in to post a comment.