[JEMPUTAN] IFLA PRESIDENTAL TALK OLEH PUAN GLORIA PEREZ SALMERON, PRESIDEN INTERNATIONAL FEDERATION OF LIBRARY ASSOCIATIONS AND INSTITUTIONS (IFLA)

Ahli-ahli PPM yang dihormati.

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN IFLA PRESIDENTAL TALK OLEH PUAN GLORIA PEREZ SALMERON, PRESIDEN INTERNATIONAL FEDERATION OF LIBRARY ASSOCIATIONS AND INSTITUTIONS (IFLA)

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia melalui Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran IFLA World Library and Information Congress (WLIC) : 84th IFLA General Conference and Assembly yang akan diadakan pada 24 hingga 30 Ogos 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sehubungan itu, Puan Gloria Perez Salmeron, Presiden IFLA akan membuat lawatan kerja ke Malaysia pada 23 hingga 27 Januari 2018.

3. Justeru, Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (UM) akan menganjurkan Presidental Talk bertajuk Libraries: Motors of Change oleh Puan Gloria Perez Salmeron, Presiden IFLA pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Januari 2018 (Rabu)
Masa: 8:30 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Auditorium Tun Mohamed Suffian, Kompleks Sultan Azlan Syah,
Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM)
50603 Kuala Lumpur

4. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput menghadiri program ini. Bersama-sama ini disertakan program untuk perhatian YBhg. Dato’/Datin/Prof/Dr./tuan/puan seperti di Lampiran I.

5. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Chin Loy Jyoon di talian 016-6288899, e-mel: jyoonchin@hotmail.com atau Cik Wan Nor Azian binti Wan Abdullah di talian 013-7391591, e-mel: pustakawan55@gmail.com. Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran program seperti di Lampiran II sebelum atau pada 20 Januari 2018.

Sekian, terima kasih.
(CHIN LOY JYOON)
Naib Presiden II
Persatuan Pustakawan Malaysia

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: