[PERINGATAN MESRA] PERSIDANGAN TAHUNAN PERPUSTAKAAN MALAYSIA (PTPM) 2019 & NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PPM 2018/2019

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan mengadakan Pra-Persidangan, Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2019 dan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPM 2018/2019,pada ketetapan berikut:
 
Pra Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2019
Tarikh: 25 Mac 2019
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur
Pendaftaran (Bengkel Infografik): http://ptpm.ppm55.org/pendaftaran/
 
Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2019
Tarikh: 26 – 27 Mac 2019
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur
 
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPM 2018/2019  
Tarikh: 28 Mac 2019 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat: Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur.
3. Dilampirkan Agenda MAT PPM 2018/2019Borang Usul dan Borang Pelepasan untuk perhatian pihak YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./tuan/puan. Sekiranya terdapat sebarang usul dari pihak YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./tuan/puan, mohon kemukakan usul tersebut ke pihak PPM sebelum 7 Mac 2019 kepada emel pustakawan55@gmail.com
4. Manakala, untuk makluman lanjut berkaitan PTPM 2019; YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./tuan/puan boleh merujuk laman sesawang http://ptpm.ppm55.org/.
5. Sebarang pertanyaan berkaitan PTPM 2019, mohon diemelkan ke sekretariat PTPM 2019: ptpm2019@gmail.comTarikh tutup penyertaan PTPM adalah pada 18 Mac 2019.
Sekian, terima kasih.

AKMAL USM

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: