JEMPUTAN KE PROGRAM SUMBANG SARAN DI SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ahli-ahli PPM yang dihormati,

JEMPUTAN KE PROGRAM SUMBANG SARAN DI SARAWAK.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

Kumpulan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Sarawak akan mengadakan satu program berdialog di antara mantan presiden PPM bersama ahli-ahli PPM. Butiran adalah seperti berikut:

Perkara: Program Sumbang saran di Sarawak
Tarikh: 4 Mac 2016 (Jumaat)
Masa: 3:00 petang – 5:00 petang
Tempat: Bilik Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli PPM berdialog dengan mantan presiden PPM. Hal ini selaras dengan cadangan yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2014 di mana untuk merangka pelan strategi yang sepadu dan berwawasan, perlulah mengambilkira input daripada pihak-pihak berkepentingan dan ahli berpengalaman.

Mohon berikan butiran seperti dilampiran ke alamat email: mazlir@sarawak.gov.my atau fax ke 082449944

SILA KLIK SINI. PPMRespond

Semoga dengan terlaksananya program ini, PPM dapat mengenal pasti pelan yang lebih bermutu dan menepati kehendak semua ahli. Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

%d bloggers like this: