JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PPM 2015

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera.

Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan menyambut ulang tahun yang ke-60 penubuhannya pada 2015 dan berhasrat untuk mencipta logo penubuhan bagi menggantikan logo sedia ada.

Pertandingan ini diadakan untuk:
1) Memberi peluang kepada persatuan memilih logo terbaharu untuk menggantikan logo sedia ada.
2) Mewujudkan logo baharu PPM sempena ulang tahun ke-60 bagi menggambarkan kematangan usia penubuhan, fungsi dan peranan PPM.
3) Memberi peluang dan ruang ahli PPM untuk bersama-sama menyumbang dalam idea yang kreatif dan inovatif di dalam mencipta logo PPM yang baharu.

SEGALA PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI: 
Anda boleh mengubungi urusetia di talian – Puan Haniza Adnan Tel : 03-7967 3354 Puan Norida Abu Bakar Tel : 03-7967 3357 Puan Siti Juryiah Mohd Khalid Tel : 03-7967 3357
Email : ppm60logo@gmail.com
Facebook : PPM Logo Design Competition

Umtuk maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Mencipta Logo serta Borang Penyertaan boleh Klik di sini.

FULL POSTER


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

%d bloggers like this: