Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Program Sijil Pembantu Perpustakaan 2015: Modul 1,2,3 & 4 Siri 2/2015. Maklumat berkenaan program sijil tersebut adalah seperti berikut:
Modul 1 & 2:-
Tarikh: 7 hingga 11 September 2015 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Modul 3 & 4:-
Tarikh: 19 hingga 22 Oktober 2015 (Isnin – Khamis)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Bilik Syarahan 2, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Syarat-syarat baharu untuk setiap modul mengikut tahun perkhidmatan di perpustakaan adalah seperti berikut:
Modul 1: 1-3 tahun perkhidmatan
Modul 2: 3-5 tahun perkhidmatan
Modul 3: 5 tahun ke atas
Modul 4: 5 tahun ke atas
Yuran setiap modul adalah RM600.00 seorang (Ahli PPM) dan RM700 seorang (Bukan Ahli PPM). Jumlah yuran keseluruhan program ini adalah RM2,400.00 (Ahli PPM) dan RM2,800.00 (Bukan Ahli PPM).
Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg
Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.
Untuk maklumat lanjut boleh lihat seperti dilampiran.
Sekian, terima kasih
Brosur Program SPP Modul 1 & 2 Siri 2/2015 pdf
Brosur Program SPP Modul 3 & 4 Siri 2/2015 pdf
Maklumat Program Sijil Pembantu Perpustakaan Sept 2015